Arnab Korang X JINAK? Xsuka Korang?Jom Ikut Tips2 Aku ni..hehe2..Sebenarnya arnab bukan lah seperti kucing atau anjing.memang arnab ni jenis yang suka bergaul tapi cara menjinakkannya tak sama dengan kucing kt rumah korang tu.huhu. korang tau tak,arnab boleh dilatih untuk mengetahui namanya sendiri. Cara nyasenang jer..,masa memberikan mereka makan atau minum atau menghampiri sangkar pangil sahaja namanya. Lebih mudah jika kita mengunakan makanan kegemaran mereka misalnya sayur sayuran, buah buahan dan juga Sebenarnya arnab bukanlah haiwan yang suka diangkat atau didukung.mereka tak suka pada ketinggian.dan merbahaya jika arnab korang jatuh dari jarak yang tinggi kerana arnab menpunyai tulang yang agak lemah
. Sekiranya terjadi kejadian, arnab korang meronta semasa di dukung dan terlepas lalu terjatuh berkemungkinan besar tulang belakang atau kakinya boleh cedera. kalau ni berlaku mungkin tak dapat diselamatkan dan juga mungkin juga berlaku kecacatan.Nak tau tak macam mana aku jinakkan arnab aku???? arnab sebenarnya haiwan yang cukup mudah dijinakkan, korang hanya perlu duduk bersebelah dengan mereka buat permulaan. Usap kepala dan badan.. kerana arnab amat gemarkan usap yang mesra dan lembut daripada tuannya. Memanjakan arnab memakan masa sedikit tetapi ini terpulang kepada berapa banyak masa korang habiskan bersamanya. Apabila arnab sudah menaruh kepercayaan kepada korang sebagai Tuan mereka. Dengan sendirinya mereka akan berasa selesa dan selamat disamping anda. bukan korang yang memilih arnab tetapi arnab yang memilih korang. Arnab hanya akan berasa mesra dan selesa sekiranya mereka menaruh kepercayaan mereka terhadap tuan dan juga persekitaran. Arnab adalah haiwan yang berhati hati dan sentiasa bersedia sekiranya berlaku sesuatu.Mungkin masing masing ada cara dan pendapat masing masing untuk jinakkan arnab tol tak??tapi bagi aku dengan meluangkan masa bersama arnab je la dapat menjinakkan mereka...

Haaa ni arnab aku..Nama dia BObo..BObo ni jinak Tau..aku beli kat pet shop masa tu umur dia dalam lingkungan 2 bulan.kecik n comel...Bobo akan kluar Kalu aku panggil namanyer...So klu korang nk jinakkan arnab korang macam BObo aku ni,ikut je tip2 yang aku bagi td ok...
sekian..
sumber:azzybunny
Thank uuuu i akan ikut tips you
ReplyDeleteTeringat Kat bani saya.baru je mati sbb cirit birit..masih sedih lagi dengan pemergiannya
ReplyDelete