Kepada Sesiapa yang masih baru dalam menternak arnab ni memang konpem tak tahu mengenali jantina arnab ni. sekarang aku nk kasi korang tau bagaimana mengenali jantina seseekor arnab tu. Antara caranya ialah boleh dilakukan dengan menekan secara perlahan bahagian lubang di atas dubur. Anak jantan akan menunjukkan tanda bonjolan yang membulat. Sementara anak arnab betina akan menunjukkan tanda belahan mengarah ke dubur.
Mengenal jantina arnab yang berusia bawah 3 bulan memang agak sukar. Ini adalah kerana yang testicles arnab jantan belum kelihatan. Namun jika diteliti betul-betul, ada perbezaan yang membolehkan kita mengenalpasti jantina anak2 arnab yang berusia dibawah usia 3 bulan. Bagi sesetengah baka-baka arnab, yang jantan dan betina dewasa boleh dibezakan dengan lebih mudah. Bagi yang mempunyai kantung seolah-olah seperti tembuluknya, maka arnab ia adalah betina dan bagi yang tiada, maka fahamlah kita bahawa arnab itu adalah arnab jantan.
0 comments:
Post a Comment