Wednesday, 15 February 2012

Jom Bina Cage/Sangkar Arnab !! :)

Penyediaan Cage atau kandang ni penting untuk arnab. Ini bagi mengelakkan pembiakan hama dan untuk keselesaan arnab korang.

Kandang terbaik untuk arnab adalah daripada welded wire (jaring besi). Penggunaan jaring besi adalah lebih tahan lasak daripada cage berasaskan kayu. Cage berasaskan jaring besi dapat mengurangkan penyakit dan mudah untuk dibersihkan. Perkara paling penting dalam penyediaan kandang adalah sistem kebersihan kandang 'self-cleaning'. Biasa la kan. Nak bersihkan kandang bukannya senang. Ambil masa yang agak lama. Jadi sediakan kandang yang mempunyai sistem kebersihan yang baik.

Lantai

Lantai cage tak boleh terlalu keras 'solid' dan tak boleh gunakan kayu yang lembut 'yang menyerap air'. Ini bagi mengelakkan kelembapan, najis yang melekat pada lantai dan kotoran. Secara kesimpulannya,jangan gunakan kayu dalam pembikinan kandang disebabkan ia menyerap air dan air kencing. Malahan arnab boleh mengerit kayu tersebut. Kalau nak gunakan kayu boleh tapi just untuk buat frame sahaja.

Bentuk / Design

Kebanyakannya adalah berbentuk segiempat 'conventional style', dan sesetengahnya bulat di atas 'quonset style'. Biasanya kandang perlu disokong oleh tiang / kaki di bahagian bawah kandang untuk meninggikannya. Struktur cage mestilah dapat melindungi arnab daripada matahari, angin dan hujan. .
sekian :)




0 comments:

Post a Comment

Jom Kenal Arnabz 2012 © All Rights Reserved
Best View With Google Chrome
Playboy Bunny