Monday, 12 March 2012

Teringin nk bela arnab jenis Lion head pulak..

comelnyer arnab jenis Lion head nie..Skunk ni aku tengah cari jenis ni la..aku ingat nk kahwinkan dengan arnab aku kt rumah nu....Susah nak cari jenis ni kat petshop..kena dapatkan dari breeder gak...Sape2 breeder or kenal mane2 breeder ker gtau la aku..kalu leh aku nk yang masih muda ,usia dalam lingkunagn 2 ke 3 bulan mcm tu la....Ok papehal comen kt blog aku.


Tuesday, 28 February 2012

Jom Kenal "Walk-N-Vest Leash" !





Walk-N-Vest Leash adalah tali khas untuk arnab..Disebabkan arnab mempunyai tulang yang senstif @rapuh vest ini lah yang sesuai digunakn untuk arnab..cuba bayangkn??mesti comel kn bila arnab kesayangn kita pakai vest ni..huhu..kalu korang takut arnab kesayangan korang lari ,guna lah Walk-N-Vest Leash ni..konfem arnab korang x lari da..Biasa la kan arnab ni klu dapat je kuar dri sangkar nakalnye semakin menjadi-jadi..kadang2 smpai tak leh kontrol gelagatnyer. Untuk pengetahuan korang tak semua petshop jual Walk-N-Vest Leash ni.slalunyer kat petshop jual walk Leash untuk anjing /kucing jer.susah sikit nak dapat..So korang kena explore la mane2 petshop kat mlaysia ni.kalu tak de gak kat malaysia p cari kat oversea nu..muuaahaha.. .Ok tu jer..
sekian :)



Tuesday, 21 February 2012

Jom Kenal !! Cara memegang Arnab dengan Betul.

untuk posting aku kali aku nk share dengan korang bagaimana cara memegang arnab dengan betul.kpd pembaca yg dah lama memelihara arnab tentu dah expert kan.so kpd yg baru dalam pmeliharaan arnab,sila lah bace.semoga korang dapat info baru slps membacanya..sumber ni aku dapat dari Buku Penternakan Arnab Secara Komersial tulisan B. Sarwono dan Noraida HJ. Alias.


cara pegangan yang betul



cara pegangan yang salah!!


AWAS!!
cara pegangan yg salah akan memyebabkan arnab meronta-ronta untuk melepaskan diri,Teknik pegangan yang salah akan merosakkan otot dan urat saraf telinga arnab dan pegangan di kaki akan menyebabkan arnab tergantung menyebabkan peredaran darah arnab terganggu..

Wednesday, 15 February 2012

Jom baca info ni.. Penting!

Tempoh bunting ARNAB MATANG

-Tempoh bunting amab betina antara 29 hingga 31 hari lagi. Bunting berat adalah pada minggu keempat kebuntingan. Pada peringkat lni kotak sarang beranak bolehlah diletakkan dalam sangkar arnab tersebut. -Tujuannya adalah supaya arnab tersebut dapat menyesuaikan dirinya lebih awal dengan kotak sarang tersebut.
-Tanda-tanda arnab tersebut hampir beranak jelas kelihatan pada hari ke 27-29 dimana ia akan berkeadaan gelisah dan kemudian akan mencabut bulu dari bahaglan bawah perutnya serta membuat sarang beranak dari bulu tersebut.
-Pada keadaan ini arnab tersebut hendaklah dibiarkan bersendirian dan jangan diganggu, melainkan jika untuk menukarkan kotak sarang. Makanan dan minuman hendaklah disediakan secukupnya.


ANAK ARNAB

Setelah arnab betina tersebut beranak, pastikan anak-anak arnab berada dalam kotak sarang. Jika terdapat anak arnab berada diluar kotak sarang, masukan dalam kotak sarang supaya tidak kesejukan.
-Apabila sudah memegang salah satu dari anak-anak arnab, tangan yang sama hendaklah disapukan untuk seketika pada hidung ibunya, ini untuk mengelakkan ibu tersebut menyingkirkan atau membunuh anaknya kerana terdapat bau lain pada badan anaknya.
-Anak arnab yang baru lahir berkeadaan bogel (tidak mempunyai bulu), buta dan pekak. Bulu akan mula tumbuh pada umur seminggu. Sementara mata dan telinga akan berfungsi pada hari ke 7 hingga ke 10.
-Pada masa ini makanan utama ialah susu dari ibunya. Sehinggalah pada umur umur 14-16 hari anak arnab akan keluar dari kotak sarang dan mula cuba makan makanan ibunya.

SEJARAH ARNAB SEBAGAI HAIWAN PELIHARAAN

Arnab tergolong dalam kategori haiwan menyusu yang dibela oleh manusia untuk mendapatkan hasil dari daging dan bulunya. Namun ada juga yang membelanya sebagai haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing.Haiwan ini memerlukan penjagaan yang khusus dan rapi kerana sangat sensitif pada jangkitan penyakit dan perubahan persekitarannya. Kebiasaannya, arnab aktif ketika waktu terbit matahari dan waktu terbenamnya.Jenis arnab yang jinak, berasal dari Eropah (kawasan Sepanyol dan Portugal). Dahulu, sekitar kurun ke-16, para peniaga di sana menjual arnab-arnab jenis ini di kedai mereka dan membawanya bersama sewaktu menempuh perjalanan yang jauh sebagai bekalan makanan.

Jom KenaL Arnab Teddy Bear :)

Teddy Bear, sejenis arnab berbulu panjang, lebat dan lurus. Panjang bulunya sekitar 3-5 inci. Berat badan, maksimum 1-1.8 kg ketika matang.

Arnab jenis ini merupakan arnab terlaris di Thailand berikutan harganya yang mampu dimiliki.

Baka Teddy Bear terhasil dari kacukan arnab Lionhead dan Jerry Woody.
sekian..





jom Kenal!! arnab Angora

arnab angora(Angora Rabbit) merupakan
baka arnab yang mempunyai bulu yang panjang
dan tebal.Terdapat pelbagai jenis arnab angora.
English Angora-berbulu tebal,padat dan bulu
memenuhi telinga.
Satin Anggora-berbulu panjang,kurang padat,
bulunya berkilat dan hanya mempunyai bulu yang
nipis dibahagian telinga.

Ciri -ciri :
  • Saiz : Lebih kurang 5-7 inci.Seperti bentuk Guinea Pig.
  • Muka : Bulat dan pendek.
  • Badan : Kepala dan mata seimbang dengan bentuk dan kadar saiz badannya.Keadaan ini adalah disebabkan kekerdilan dalam gen arnab jenis ini.
  • Telinga : Kecil dan terletak sedikit tinggi di bahagian atas kepala.
  • Keistimewaan : Comel dan senang dipegang.Mudah di jaga dan di bawa ke mana sahaja.Jinak tetapi sedikit takut dengan manusia untuk pertemuan pertama kali.




Jom Bina Cage/Sangkar Arnab !! :)

Penyediaan Cage atau kandang ni penting untuk arnab. Ini bagi mengelakkan pembiakan hama dan untuk keselesaan arnab korang.

Kandang terbaik untuk arnab adalah daripada welded wire (jaring besi). Penggunaan jaring besi adalah lebih tahan lasak daripada cage berasaskan kayu. Cage berasaskan jaring besi dapat mengurangkan penyakit dan mudah untuk dibersihkan. Perkara paling penting dalam penyediaan kandang adalah sistem kebersihan kandang 'self-cleaning'. Biasa la kan. Nak bersihkan kandang bukannya senang. Ambil masa yang agak lama. Jadi sediakan kandang yang mempunyai sistem kebersihan yang baik.

Lantai

Lantai cage tak boleh terlalu keras 'solid' dan tak boleh gunakan kayu yang lembut 'yang menyerap air'. Ini bagi mengelakkan kelembapan, najis yang melekat pada lantai dan kotoran. Secara kesimpulannya,jangan gunakan kayu dalam pembikinan kandang disebabkan ia menyerap air dan air kencing. Malahan arnab boleh mengerit kayu tersebut. Kalau nak gunakan kayu boleh tapi just untuk buat frame sahaja.

Bentuk / Design

Kebanyakannya adalah berbentuk segiempat 'conventional style', dan sesetengahnya bulat di atas 'quonset style'. Biasanya kandang perlu disokong oleh tiang / kaki di bahagian bawah kandang untuk meninggikannya. Struktur cage mestilah dapat melindungi arnab daripada matahari, angin dan hujan. .
sekian :)




Gambar kt sebelah ni adalah (Bocie) arnab baru saya.hehe.Bocie ni nie betina ,aku nk kahwinkan dengan arnab jantan aku (bobo)..Bocie ni Muda lagi ,baru dlm 3 bulan usianyer....

Bobo aku lak semakin membesar.hehe..Bocie ni baru dalam proses dijinakkan..aku tgal dia kt kmpg so susah skit nk luangkn mase bersama arnab2 kesayangan aku nie ..tp xpa..mak bapak aku teh tolg jaga..haha..

aku harap nanti aku akan dapat anak2 arnab yang comel2 belaka..hehe.insyaallah.. :)

Monday, 6 February 2012

Jom Kenal !! cara menjinakkan Arnab

Arnab Korang X JINAK? Xsuka Korang?Jom Ikut Tips2 Aku ni..hehe2..Sebenarnya arnab bukan lah seperti kucing atau anjing.memang arnab ni jenis yang suka bergaul tapi cara menjinakkannya tak sama dengan kucing kt rumah korang tu.huhu. korang tau tak,arnab boleh dilatih untuk mengetahui namanya sendiri. Cara nyasenang jer..,masa memberikan mereka makan atau minum atau menghampiri sangkar pangil sahaja namanya. Lebih mudah jika kita mengunakan makanan kegemaran mereka misalnya sayur sayuran, buah buahan dan juga Sebenarnya arnab bukanlah haiwan yang suka diangkat atau didukung.mereka tak suka pada ketinggian.dan merbahaya jika arnab korang jatuh dari jarak yang tinggi kerana arnab menpunyai tulang yang agak lemah . Sekiranya terjadi kejadian, arnab korang meronta semasa di dukung dan terlepas lalu terjatuh berkemungkinan besar tulang belakang atau kakinya boleh cedera. kalau ni berlaku mungkin tak dapat diselamatkan dan juga mungkin juga berlaku kecacatan.Nak tau tak macam mana aku jinakkan arnab aku???? arnab sebenarnya haiwan yang cukup mudah dijinakkan, korang hanya perlu duduk bersebelah dengan mereka buat permulaan. Usap kepala dan badan.. kerana arnab amat gemarkan usap yang mesra dan lembut daripada tuannya. Memanjakan arnab memakan masa sedikit tetapi ini terpulang kepada berapa banyak masa korang habiskan bersamanya. Apabila arnab sudah menaruh kepercayaan kepada korang sebagai Tuan mereka. Dengan sendirinya mereka akan berasa selesa dan selamat disamping anda. bukan korang yang memilih arnab tetapi arnab yang memilih korang. Arnab hanya akan berasa mesra dan selesa sekiranya mereka menaruh kepercayaan mereka terhadap tuan dan juga persekitaran. Arnab adalah haiwan yang berhati hati dan sentiasa bersedia sekiranya berlaku sesuatu.Mungkin masing masing ada cara dan pendapat masing masing untuk jinakkan arnab tol tak??tapi bagi aku dengan meluangkan masa bersama arnab je la dapat menjinakkan mereka...



Haaa ni arnab aku..Nama dia BObo..BObo ni jinak Tau..aku beli kat pet shop masa tu umur dia dalam lingkungan 2 bulan.kecik n comel...Bobo akan kluar Kalu aku panggil namanyer...So klu korang nk jinakkan arnab korang macam BObo aku ni,ikut je tip2 yang aku bagi td ok...
sekian..

sumber:azzybunny





























Jom kenal !! Jantina Arnab

Kepada Sesiapa yang masih baru dalam menternak arnab ni memang konpem tak tahu mengenali jantina arnab ni. sekarang aku nk kasi korang tau bagaimana mengenali jantina seseekor arnab tu. Antara caranya ialah boleh dilakukan dengan menekan secara perlahan bahagian lubang di atas dubur. Anak jantan akan menunjukkan tanda bonjolan yang membulat. Sementara anak arnab betina akan menunjukkan tanda belahan mengarah ke dubur.

Mengenal jantina arnab yang berusia bawah 3 bulan memang agak sukar. Ini adalah kerana yang testicles arnab jantan belum kelihatan. Namun jika diteliti betul-betul, ada perbezaan yang membolehkan kita mengenalpasti jantina anak2 arnab yang berusia dibawah usia 3 bulan. Bagi sesetengah baka-baka arnab, yang jantan dan betina dewasa boleh dibezakan dengan lebih mudah. Bagi yang mempunyai kantung seolah-olah seperti tembuluknya, maka arnab ia adalah betina dan bagi yang tiada, maka fahamlah kita bahawa arnab itu adalah arnab jantan.
(sumber internet).







Jom kenal! sayangi arnab anda..

Antara beberapa perkara yang perlu korang tahu untuk memerlihara arnab adalah;

Makanan

slalunya di petshop makanan arnab yang dijual adalah PELLET/dedak. aku percaye korang tau ape itu dedak kan??so aku x explane hal nie..hehe

Selain itu ada juga makanan arnab lain, seperti rumput HAY dan beberapa jenis rumput lain yang dikatakan sangat bagus untuk diet arnab.Arnab yang aku bela, aku bagi gak rumput macam ni.. Sebab di kampung aku pn banyak rumput ni. Gambar rumput hay seperti dibawah:


Selain itu, daun kangkung, daun pucuk manis, daun pucuk tenggek burung, pandan dan daun ulam raja juga menjadi makanan sampingan untuk arnab.korang jangan risau,pasal kos makanannyer,sb semua jnis rumput/sayur2 yag aku gtau td kbnyakan tumbuh liar kt kmpg (kmpg aku la)korang aku x tau la..hehe. Terutamanya rumput Israel. Memang banyak boleh dipetik dalam belukar dikebun-kebun. Daun pucuk keledek dan daun pucuk ubi pun boleh gak bagi kat arnab.


PERINGATAN!! jangan bagi arnab korang makan sayur/rumput2 dan yang sejenis dengannya pada waktu pagi..nati arnab akan sakit perut akibat makan sayur dan rumput2 tu waktu pg..

Air yang bersih juga kena lah disediakan untuk arnab. Pastikan bekas untuk letakkan air minum arnab sentiasa dalam keadaan bersih untuk mengelakkan arnab terkena jangkitan penyakit.

Korang boleh memilih sama ada mahu memerlihara arnab didalam sangkar, atau buatkan sebuah reban untuk arnab korang..Jika kamu bercadang untuk memerliharanya sekadar untuk suka-suka (bukan untuk ternakan), korang bolehlah membelanya didalam sangkar.Tapi jika korang bercadang untuk membuat ternakan, lebih baik korang buatkan reban untuk arnab-arnab korang. Dengan tempat yang luas dan besar didalam reban, arnab kamu akan lebih bebas bergerak dan tidak terasa sesak bila bilangan arnab sudah bertambah banyak.



Jom Kenal Arnabz 2012 © All Rights Reserved
Best View With Google Chrome
Playboy Bunny